Aluan Pengarah

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana kesudian Tuan/Puan melayari Laman Web Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Laman Web ini diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat dan tepat, menjadi medium komunikasi dan sumber maklumat kepada pelajar, staf dan orang awam mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pusat Kokurikulum UUM.

Pusat Kokurikulum UUM berusaha untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Laman Web ini selari dengan hasrat jabatan untuk memastikan keperluan perkhidmatan pelajar, kakitangan dan maklumat umum kepada pihak luar dapat dipenuhi.

Jabatan ini terdiri daripada tiga (3) bahagian utama iaitu Bahagian Akademik, Bahagian Aktiviti, dan Bahagian Pentadbiran. Pusat Kokurikulum UUM menjadi nadi utama dalam membangunkan sahsiah dan kemahiran insaniah mahasiswa seiring dengan Visi dan Misi Universiti serta Falsafah Pendidikan Negara.

Pihak kami mengharapkan maklum balas daripada Tuan/Puan berhubung perkhidmatan yang diberikan supaya dapat dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Harapan saya semoga Laman Web ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada pelajar dan kakitangan Universiti.

Sekian, terima kasih.

ILMU · BUDI · BAKTI